Xi, Thongloun Bertukar Ucapan Tahniah Sempena 65 Tahun Ikatan Diplomatik

(CRI)Sabtu 25 April 2026

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Presiden China Xi Jinping pada Sabtu saling bertukar ucapan tahniah dengan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Revolusi Rakyat Laos (LPRP) yang juga Presiden Laos Thongloun Sisoulith sempena ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Xi menegaskan bahawa PKC dan kerajaan China sentiasa melihat hubungan China-Laos dari perspektif strategik dan jangka panjang serta meletakkan Laos sebagai keutamaan dalam diplomasi kejiranannya.

Xi berkata beliau bersedia bekerjasama dengan Thongloun untuk mempertingkat kesalingpercayaan strategik, menyemarakkan persahabatan tradisional dan memperkasa kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang demi membawa limpahan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Thongloun menyatakan bahawa sejak hubungan diplomatik dijalin 65 tahun lalu, ikatan persahabatan antara Laos dengan China terus melonjak ke tahap lebih tinggi, sementara pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama negara turut membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Beliau berkata Laos ingin bekerjasama dengan China untuk terus melaksanakan pelan tindakan lima tahun baharu berhubung pembinaan komuniti berkongsi nasib sambil menggerakkan perkongsian kerjasama strategik komprehensif antara kedua-dua negara melakar pencapaian baharu.

Video

Berita Berkaitan