- Lain-lain
Xi Terima Kunjungan Utusan Khas Pemimpin Laos

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Presiden China Xi Jinping menerima kunjungan ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Revolusi Rakyat Laos (LPRP) merangkap Timbalan Perdana Menteri, Saleumxay Kommasith di Beijing pada petang Selasa.
Saleumxay melakukan lawatan ke China selaku utusan khas Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat LPRP yang juga Presiden Laos Thongloun Sisoulith.

Semasa pertemuan itu, Xi berkata pertukaran utusan khas bagi memberi taklimat mengenai agenda politik utama masing-masing, memperlihatkan keutuhan persahabatan yang terjalin antara China dengan Laos serta kepercayaan politik pada tahap tinggi antara kedua-dua negara.
Beliau turut menyeru agar China dan Laos merapatkan lagi koordinasi, memperkasa kolaborasi, bergabung tenaga menangani cabaran bersama dan memajukan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama negara yang berpiawaian, berkualiti dan bertaraf tinggi.
- Projek Sambungan Grid China-Laos Mula Beroperasi
- Projek Fotovoltaik Terbesar di Asia Tenggara Dibina China Mula Beroperasi di Laos
- Rel China-Laos Angkut Lebih 80 Juta Tan Kargo
- Xi Ucap Tahniah kepada Thongloun Sekali Lagi Dilantik Sebagai Presiden Laos
- Projek Kuasa 500kV China-Laos Siap Disambung
- Xi, Thongloun Umum Tahun 2026 Sebagai Tahun Persahabatan China-Laos
- Xi Ucap Tahniah kepada Thongloun
- Wang Huning Lakukan Lawatan Rasmi ke Laos
- Xi Ucap Tahniah kepada Thongloun Sempena Ulang Tahun ke-50 Penubuhan Republik Demokratik Rakyat Laos
- Perkukuh Hubungan China-Laos, Bawa Lebih Banyak Manfaat kepada Rakyat




