Sulaman Kulit Cipta Pekerjaan, Tambah Pendapatan Kaum Wanita di Qinghai

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 28 Oktober 2025

Sulaman kulit Danga’er adalah merupakan kraf rakyat yang unik dari kaunti Huangyuan, Provinsi Qinghai, barat laut China.

Berbanding sulaman pada sutera, sulaman kulit Danga’er menggunakan kulit yang disediakan khas sebagai asasnya, dengan benang-benang yang diperbuat daripada bulu biri, kulit, sutera, baldu, dan kapas dalam warna yang pelbagai.

Hari ini, kaunti Huangyuan telah melancarkan jenama ‘Sulaman Kulit Danga’er’, sekali gus mencipta peluang pekerjaan baharu dan meningkatkan pendapatan buat wanita tempatan.

Foto menunjukkan hasil kerja sulaman kulit Danga’er yang dipamerkan di kaunti Huangyuan, Provinsi Qinghai, barat laut China. (People’s Daily Online/Yang Qihong)

Foto menunjukkan hasil kerja sulaman kulit Danga’er yang dipamerkan di kaunti Huangyuan, Provinsi Qinghai, barat laut China. (People’s Daily Online/Yang Qihong)

Zhang Hua, wanita berusia 40 tahun dari kampung Nancha di pekan Bohang, kaunti Huangyua, sentiasa meletakkan anak-anaknya sebagai fokus kehidupannya. Namun, beliau tidak pernah menyerah kalah untuk membantu keluarganya dalam menambah baik situasi kewangan.

Satu program latihan sulaman yang dianjurkan oleh biro pengambilan pekerja kaunti Huangyuan telah menawarkan beliau satu jalan agar beliau boleh terus maju.

Sejurus menyelesaikan prorgam itu, beliau menyertai sebuah syarikat kraf tangan sulaman, mengubah minatnya sejak sekian lama terhadap sulaman kepada satu sumber pendapatan. Pada mulanya, Zhang hanya boleh membuat item fabrik yang kecil. Namun, setelah gigih mencuba selama tujuh tahun, beliau kini boleh mencipta hasil sulaman kulit rumit yang besar dengan sendiri.

Pekerja sulaman sedang bertugas di sebuah bengkel di kaunti Huangyuan, Provinsi Qinghai, barat laut China. (People’s Daily Online/Ma Kexin)

Pekerja sulaman sedang bertugas di sebuah bengkel di kaunti Huangyuan, Provinsi Qinghai, barat laut China. (People’s Daily Online/Ma Kexin)

Suatu ketika dahulu, Dong Haixiu, 53, seorang penduduk kampung dari pekan Chengguan di kaunti itu berkata beliau pernah mengalami tekanan kewangan yang kuat. Hari ini, beliau telah menjadi artis sulaman yang mahir, seterusnya mencapai kebebasan kewangan, selain turut diiktiraf dengan kelayakan profesional dalam krafnya.

Pada tahun-tahun mutakhir ini, kaunti Huangyuan dengan dua syarikat sulaman kulit dan kraf tangan telah secara aktif memperkenalkan model operasi untuk industri tersebut yang menggabungkan syarikat, sekolah latihan, penyulam wanita dan Internet. Dengan menyepadukan sumber di serata industri, kaunti itu secara efektif mendorong ekonomi tempatan.

Untuk menyokong pengambilan pekerja, kaunti itu menyediakan latihan kemahiran secara terus di kampung-kampung, mengagihkan bahan mentah kepada isi rumah dan mengumpul produk siap dari rumah ke rumah.

Artisan muda mempamerkan sulaman kulit Danga’er di sebuah pertandingan kemahiran. (People’s Daily One/Ma Kexin)

Artisan muda mempamerkan sulaman kulit Danga’er di sebuah pertandingan kemahiran. (People’s Daily One/Ma Kexin)

Setakat ini, lebih daripada 60 sesi latihan sulaman gaya Qinghai telah diadakan, dengan 12 daripadanya memfokuskan terhadap sulaman kulit, wanita sasaran, dan orang kurang upaya. Sehingga hari ini, jenama sulaman itu telah membantu lebih 2,000 orang untuk mencari pekerjaan, dengan setiap daripada mereka mendapat tambahan purata tambahan kurang daripada RMB20,000.

Video

Berita Berkaitan