WHO Puji Pelaburan China dalam Kemudahan Aktiviti Fizikal Awam

(CRI)Rabu 10 Jun 2026

Wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke China, Martin Taylor memuji usaha China memperluas kemudahan aktiviti fizikal awam yang menyifatkannya sebagai pelaburan yang memberi manfaat besar kepada masyarakat.

Beliu berkata China telah membina banyak kemudahan seperti taman awam, laluan pejalan kaki dan berjoging, serta gimnasium luar yang menyediakan lebih banyak peluang kepada orang ramai untuk bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Martin berkata demikian sempena majlis menandatangani surat hasrat kerjasama antara Institut Sains Sukan China dengan WHO di Beijing pada Selasa.

Menurut Martin, China telah membina asas yang kukuh dalam usaha menggalakkan aktiviti fizikal dalam kalangan rakyat dan ia wajar dicontohi oleh negara-negara membangun yang lain.

Menurut beliau, kejayaan tersebut banyak dipengaruhi oleh peranan kerajaan yang meletakkan kesihatan rakyat sebagai keutamaan strategik.

Video

Berita Berkaitan