- Lain-lain
Xi dan Isteri Hadiri Jamuan Tengah Hari yang Dihoskan Kim Jong Un

Presiden China, Xi Jinping dan isteri, Peng Liyuan menghadiri jamuan tengah hari yang dihoskan Setiausaha Agung Parti Pekerja Korea (WPK), Kim Jong Un bersama isterinya Ri Sol Ju di Hotel Kumsusan, Pyongyang pada Selasa waktu tempatan.
Pada majlis itu, Xi berkata beliau dan Kim Jong Un telah mencapai kata sepakat mengenai pembangunan hubungan China-Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) pada era baharu.
Kedua-dua pemimpin turut bertukar pandangan secara mendalam mengenai usaha memelihara keamanan dan kestabilan serantau serta dunia, bersama-sama mewujudkan persefahaman yang menyeluruh dan hala tuju pembangunan masa depan yang lebih jelas.
"Saya bersedia bersama Setiausaha Agung Kim Jong Un, untuk sama-sama memimpin hubungan bilateral mencapai pembangunan yang lebih besar, serta menyuntik tenaga baharu yang kukuh dalam usaha sosialis kedua-dua negara, " kata Xi lagi.
Sementara itu Kim Jong-un menyifatkan lawatan ini mempunyai makna yang signifikan bagi hubungan kedua-dua negara dan pembangunan masa depan rantau ini.
"DPRK bersedia melaksanakan kata sepakat yang dicapai semasa lawatan ini dengan bersungguh-sungguh, mempromosikan kerjasama bilateral untuk mencapai hasil yang konkrit serta menaiktaraf hubungan antara Pyongyang dengan Beijing, " Ujar Kim.
- Xi dan Isteri Tonton Persembahan Kesenian di Pyongyang
- Xi Lawat Sekolah Kader Parti Pekerja Korea
- Xi Jinping dan Isteri Lawat Menara Persahabatan China-DPRK
- Xi, Kim Berunding di Pyongyang, Mahu Perkukuh Hubungan China-DPRK
- Xi Jinping, Kim Jong Un Komited Perkukuh Hubungan China-DPRK
- Xi Jinping dan Kim Jong Un Adakan Rundingan
- Xi Tiba di Pyongyang untuk Lawatan Rasmi ke DPRK
- Perkukuh Hubungan China-DPRK, Cipta Kemajuan Lebih Besar - Xi
- Xi Mulakan Lawatan ke DPRK
- Menteri Luar China, DPRK Adakan Pertemuan di Pyongyang




