- Lain-lain
Diplomasi Pemimpin Tertinggi China-DPRK Gariskan Hala Tuju Hubungan Dua Hala yang Mampan pada Masa Hadapan

Berlatarbelakangkan perubahan yang sedang berlaku dengan lebih pantas di dunia sekarang, lawatan Presiden China, Xi Jinping ke Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK)bukan sekadar perisytiharan terhadap persahabatan tradisional antara kedua-dua negara, malah juga perancangan sistematik bagi hala tuju perkembangan hubungan kedua-dua negara pada era baharu.

Profesor Zheng Jiyong, Dekan Institut Pengajian Negara dan Wilayah Universiti Pengajian Bahasa Asing Tianjin menyatakan, lawatan Xi mempunyai makna dalam tiga aspek utama.
Terlebih dahulu, ia merupakan lawatan yang menghubungkan masa lalu dan membuka jalan ke masa depan kerana ia adalah lawatan Presiden Xi ke DPRK untuk kali kedua selepas tujuh tahun, dan bertepatan dengan ulang tahun ke-65 penandatangan Perjanjian Persahabatan Kerjasama dan Bantu-Membantu Kedua-dua Negara.
"Oleh itu, lawatan kali ini bukan sahaja mengimbau kembali persahabatan tradisional antara China dengan DPRK, bahkan juga menegakkan semula hala tuju perkembangan hubungan kedua-dua negara dalam situasi terkini," kata Prof Zheng.
Beliau menambah bahawa lawatan Xi kali ini juga menggariskan landskap pembangunan hubungan kedua-dua negara pada masa depan.
"Beliau (Xi) menyarankan untuk memperkukuh perancangan peringkat tertinggi dan bimbingan strategik hubungan kedua-dua negara.
"Ini mencerminkan bahawa kedua-dua negara bukan sahaja membincangkan persahabatan, malah bersama merancang kaedah memastikan hubungan China-DPRK ke arah lebih stabil dalam jangka masa yang panjang," ujar Prof Zheng.
Pada masa sama, lawatan Xi kali ini juga menterjemahkan persepakatan politik kepada tindakan konkrit.

"Rombongan China yang mengiringi lawatan Xi terdiri daripada pegawai kanan pelbagai bidang termasuk hal ehwal Parti, diplomasi, pertahanan, pembaharuan, perdagangan dan lain-lain, dan ini akan memudahkan pembinaan mekanisme kerjasama antara pelbagai institusi kerajaan pada masa hadapan," kata Prof Zheng.
- Xi dan Isteri Tonton Persembahan Kesenian di Pyongyang
- Xi Lawat Sekolah Kader Parti Pekerja Korea
- Xi Jinping dan Isteri Lawat Menara Persahabatan China-DPRK
- Xi, Kim Berunding di Pyongyang, Mahu Perkukuh Hubungan China-DPRK
- Xi Jinping, Kim Jong Un Komited Perkukuh Hubungan China-DPRK
- Xi Jinping dan Kim Jong Un Adakan Rundingan
- Xi Tiba di Pyongyang untuk Lawatan Rasmi ke DPRK
- Perkukuh Hubungan China-DPRK, Cipta Kemajuan Lebih Besar - Xi
- Xi Mulakan Lawatan ke DPRK
- Menteri Luar China, DPRK Adakan Pertemuan di Pyongyang




