- Lain-lain
Pertemuan Xi, Kim Gariskan Arah Perkembangan Hubungan China-DPRK

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan juga Presiden China Xi Jinping telah kembali ke Beijing selepas menyelesaikan lawatan negaranya ke Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) pada petang Selasa.
Semasa lawatan itu, pemimpin tertinggi kedua-dua negara telah bertukar-tukar pandangan mengenai usaha mengukuhkan dan mewariskan persahabatan tradisional China-DPRK.

Xi menyatakan bahawa beliau dan Kim Jong Un telah mencapai konsensus penting untuk memperkukuh hubungan China-DPRK pada era baharu, selain bertukar-tukar pandangan mengenai usaha menjaga keamanan dan kestabilan serantau dan dunia.
Ketika berucap pada majlis jamuan yang dianjurkan oleh Kim di Pyongyang, Xi berkata "Kami (saya dan Kim) bersetuju bahawa kita harus merebut peluang daripada perkembangan zaman dari perspektif strategik mengenai masa depan sosialisme, memenuhi kehendak bersama rakyat kedua-dua negara, memperkukuh pertukaran lawatan peringkat tertinggi, mempergiat komunikasi strategik, memperluas kerjasama praktikal, merapatkan hubungan rakyat, agar mendorong pembangunan hubungan China-DPRK pada tahap tinggi, bersama-sama membuka prospek yang lebih cemerlang bagi perjuangan sosialisme kedua-dua negara, serta mendorong kemajuan masyarakat manusia secara berterusan."

Melalui lawatan Xi kali ini, pemahaman antara China dan DPRK menjadi lebih erat, manakala arah perkembangan hubungan dua hala menjadi lebih jelas.
Hubungan China-DPRK kini berada di titik permulaan baharu, dan kedua-dua negara akan berganding tangan maju ke depan, serta membuat sumbangan yang lebih besar kepada keamanan, kestabilan serta pembangunan dan kemakmuran serantau malah dunia.
- Xi dan Isteri Tonton Persembahan Kesenian di Pyongyang
- Xi Lawat Sekolah Kader Parti Pekerja Korea
- Xi Jinping dan Isteri Lawat Menara Persahabatan China-DPRK
- Xi, Kim Berunding di Pyongyang, Mahu Perkukuh Hubungan China-DPRK
- Xi Jinping, Kim Jong Un Komited Perkukuh Hubungan China-DPRK
- Xi Jinping dan Kim Jong Un Adakan Rundingan
- Xi Tiba di Pyongyang untuk Lawatan Rasmi ke DPRK
- Perkukuh Hubungan China-DPRK, Cipta Kemajuan Lebih Besar - Xi
- Xi Mulakan Lawatan ke DPRK
- Menteri Luar China, DPRK Adakan Pertemuan di Pyongyang




