LDP Luluskan Draf Pinda "Tiga Dokumen Keselamatan", Mahu Percepat "Militarisasi Semula"

(CRI)Khamis 11 Jun 2026

China menyuarakan kebimbangan terhadap cadangan pindaan "Tiga Dokumen Keselamatan" yang diluluskan Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun baru-baru ini.

Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian pada Rabu berkata draf cadangan tersebut secara tidak berasas menuduh dan memburukkan aktiviti ketenteraan China, serta dengan sengaja menggambarkan situasi keselamatan serantau sebagai semakin tegang.

Semua ini bertujuan untuk menipu rakyat Jepun dan masyarakat antarabangsa serta mencipta alasan bagi mempercepat "militarisasi semula".

Draf tersebut menyentuh mengenai pembangunan ketenteraan China dan persekitaran keselamatan serantau, selain menekankan keperluan meningkatkan perbelanjaan pertahanan dengan ketara.

Selain itu, draf tersebut juga mencadangkan pengukuhan keupayaan serangan balas serta pembangunan sistem pertahanan yang mampu menghadapi serangan berskala besar.

LDP dijangka menyerahkan draf tersebut kepada Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi pada akhir bulan ini.

Lin Jian berkata bahawa draf tersebut dengan jelas mendedahkan niat dan hasrat sesetengah pihak di Jepun bagi "militarisasi semula" dengan memperluas keupayaan tentera dan melangkaui sekatan pasca perang.

Semua ini harus diberi perhatian tinggi oleh masyarakat antarabangsa termasuk China.

Walau bagaimanapun, Beijing juga menyedari bahawa terdapat segelintir pihak di Jepun yang menyatakan kebimbangan dan bantahan mereka dalam pelbagai bentuk.

Video

Berita Berkaitan