- Lain-lain
FTP Hainan Lancar Projek Pertama Lupus Pesawat

Sebuah pesawat udara disenggara di sebuah pangkalan serenti di Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan di Haikou, provinsi Hainan, selatan China, 17 Februari 2025. (Xinhua/Zhang Liyun)
Pelabuhan Perdagangan Bebas (FTP) Hainan pada Jumaat lalu melancarkan projek pertamanya bagi melupuskan pesawat udara, bertapak di Pangkalan Penyenggaraan Pesawat Udara Serenti FTP Hainan.
Pelancaran projek kendalian Grand China Aviation Maintenance di bawah HNA Technic ini menandakan lengkapnya lingkungan rantai nilai penyenggaraan penerbangan Hainan.
Pelupusan pesawat udara merupakan sebahagian penting ekonomi kitaran sektor penerbangan. Dengan membuka pesawat udara yang telah tamat khidmat lalu menguji dan membersihkan komponen, proses ini membolehkan alat ganti dan bahan digunakan semula, sekali gus membawa manfaat ekonomi dan alam sekitar, malahan mendorong daya saing industri penyenggaraan penerbangan Hainan.
FTP Hainan menawarkan beberapa kelebihan untuk perniagaan. Kedudukan strategik sebagai provinsi kepulauan di selatan menjadikannya pintu keluar masuk penting yang menyambungkan China dengan Lautan Pasifik dan Hindi. Firma penyenggaraan pula menyumbangkan kemahiran masing-masing dalam membaiki dan mengubah suai pesawat udara.
Dari sudut dasar, FTP Hainan menawarkan sokongan yang signifikan untuk kerja membuka pesawat udara dan kemudiannya mengitar dan membuat semula komponen penerbangan.
FTP Hainan – pelabuhan perdagangan bebas terbesar dunia dari segi keluasan – melancarkan operasi kastam khas seluruh pulau pada Disember 2025, yang melicinkan kemasukan produk dari seberang laut di samping memperluas liputan tarif sifar dan memperkenalkan lebih banyak langkah mesra perniagaan.
Berdasarkan anggaran industri, terdapat pasaran global yang luas untuk komponen terpakai yang telah dibaiki dan dibuat semula. Sementara itu, dasar tarif sifar dan lain-lain kemudahan import yang dilaksanakan oleh FTP Hainan membantu mengurangkan kos modal dan masa apabila membuat semula komponen daripada pesawat udara yang telah dilupuskan.
Memandangkan khidmat membaiki, mengubah suai, membuka dan mengitar semula komponen kini tersedia di sepanjang rantaian nilai, lebih banyak syarikat berkaitan penerbangan dijangka akan masuk ke Hainan dalam perkembangan yang akan memacu pertumbuhan logistik penerbangan, perdagangan komponen, penyenggaraan dan sebagainya, menurut Biro Pentadbiran Kawasan Baharu Jiangdong di bandar Haikou, tapak operasi pangkalan berkenaan.
- Wenchang Gemilang dengan Hibrid Budaya Tempatan, Asia Tenggara
- Teknologi Bantu Penanaman Padi, Dorong Kemajuan Desa di Hainan
- Pendinginan Server Sublaut: Pusat Data Selatan China Rintis Jalan
- Kemudahan Sanitasi Pintar Berkhidmat Pada Sidang Tahunan BFA 2026
- Genap 100 Hari, Dasar Kastam Hainan Nampakkan Kesan Ketara
- Zon Karbon Sifar Hainan Perlihat Amalan Hijau China
- Jualan Bebas Cukai Barang Pengguna di Hainan Lebihi 5 Juta Yuan
- Lima Kedai Barangan Harian Bebas Cukai Dibuka kepada Penduduk Hainan
- Kawanan Dolfin Putih China Dilihat di Perairan Hainan
- Foto: Hainan Sambut Musim Perjalanan TBC Pertama Sejak Bermulanya Operasi Kastam Khas FTP




