- Lain-lain
Simposium Pembinaan Parti Berlangsung di Beijing
Simposium Pembinaan Parti Kebangsaan berlangsung di Beijing pada Isnin bagi membincangkan mengenai usaha memperkukuh pembinaan Parti pada era baharu.
Simposium tersebut menyatakan bahawa Pemikiran Xi Jinping Mengenai Pembinaan Parti merupakan panduan asas dalam memperkukuh pembangunan Parti pada era baharu.
Pemikiran tersebut turut menekankan bahawa kepimpinan Parti merupakan ciri-ciri paling asas bagi sosialisme bercirikan China, di samping menegaskan kepentingan mengekalkan kepimpinan berpusat dan bersatu di bawah Jawatankuasa Pusat Parti.
Selain itu, simposium itu juga menegaskan keperluan untuk mempertahankan tadbir kendiri Parti secara menyeluruh dan ketat, berpegang kepada aspirasi asal dan misi asas Parti.
Selain itu pembinaan politik Parti perlu terus dijadikan keutamaan, sementara teori dan inovasi Parti digunakan untuk memperkukuh keyakinan ideologi serta nilai dalam kalangan anggota.
Simposium itu juga menggesa usaha berterusan untuk membangunkan sistem organisasi yang lebih berkesan, memperbaiki tingkah laku anggota Parti secara berkala dan jangka panjang, menyelia dan mentadbir Parti di semua aspek dengan disiplin yang ketat, serta membentuk barisan kader berkualiti tinggi.
Simposiumtersebut menegaskan bahawa mempelajari dan melaksanakan Pemikiran Xi tersebut merupakan tugas politik penting untuk seluruh Parti, pada masa kini dan tahun-tahun akan datang.
Organisasi Parti di semua peringkat perlu dibimbing untuk mengaplikasikan idea ini dalam merancang dan memajukan pembinaan Parti, serta mengambil langkah yang lebih konkrit bagi memastikan semua kerja tadbir kendiri Parti yang menyeluruh dan ketat mencapai standard yang lebih tinggi.
- Artikel Xi mengenai Pembangunan Industri Masa Hadapan Diterbitkan
- Karya Terpilih Xi Jinping mengenai Kedaulatan Undang-undang Edisi Bahasa Inggeris Diterbitkan
- Jilid Kelima Buku "Xi Jinping: Tadbir Urus China" Diterbitkan dalam Lapan Bahasa
- Xi Beri Arahan kepada Barisan Pegawai Kanan Menerusi Artikelnya Terbitan Qiushi
- Majlis Promosi Buku "Xi Jinping: The Governance of China" Edisi Bahasa Inggeris Diadakan di Indonesia
- Persidangan Kebangsaan mengenai Amalan Membaca Berlangsung di Nanchang
- Artikel Xi Mengenai Galakan Membaca dalam Kalangan Rakyat Diterbitkan Dalam Jurnal Qiushi
- Xi Seru Pegawai Kanan Tentera Perkukuh Integriti Politik Menjelang Ulang Tahun ke-100 PLA
- Zheng Liwen Mulakan Lawatan di Tanah Besar China
- Artikel Xi mengenai Pemahaman Betul terhadap Prestasi Tadbir Urus Diterbit




