China Siar Kertas Putih Papar Komitmen Majukan Tadbir Urus Global

(CRI)Rabu 17 Jun 2026

Kertas putih bertajuk 'Tadbir Urus Global yang Lebih Adil dan Munasabah: Prinsip, Cadangan dan Tindakan China' disiarkan oleh Pejabat Penerangan Dewan Negara China pada Rabu.

Kertas putih itu mengupas lebih lanjut konotasi saintifik Inisiatif Tadbir Urus Global (GGI) serta ertinya kepada dunia, dan memaparkan kesungguhan negara Tembok Besar dalam usaha memajukan tadbir urus di peringkat global.

Menurut dokumen berkenaan, China sentiasa komited untuk menggalakkan keselamatan universal, memperkasa keterbukaan, kerjasama dan pembangunan bersama serta mengamalkan multilateralisme jitu.

Selain terus menyokong Selatan Global memainkan peranan yang lebih besar, China mengambil berat terhadap interaksi dan saling belajar sesama tamadun, sekali gus menyediakan lebih banyak produk awam kepada masyarakat antarabangsa.

Dokumen itu berbunyi, GGI menampakkan prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta visi tadbir urus global yang bercirikan berunding bersama, membangun bersama dan berkongsi.

Inisiatif itu dibina berdasarkan lima konsep utama iaitu kesamarataan hak kedaulatan, kedaulatan undang-undang antarabangsa, multilateralisme, pendekatan berpusatkan rakyat dan tindakan praktikal.

Kertas putih berkenaan turut memberi penekanan terhadap tadbir urus yang lebih efektif susulan muncul pelbagai cabaran yang semakin kompleks, serta suara yang lebih banyak dari Selatan Global perlu didengar.

Video

Berita Berkaitan