- Lain-lain
Xi Jinping Bertemu Presiden Myanmar di Beijing

Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Myanmar Min Aung Hlaing di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada Selasa.
Dalam pertemuan itu, Xi menyatakan bahawa China merupakan negara jiran Myanmar yang berkongsi garis sempadan paling panjang serta rakan kongsi yang boleh dipercayai.
Ujar Xi, China bersedia memberikan bantuan dan sokongan berterusan bagi pembinaan semula Myanmar selepas dilanda bencana gempa bumi, melaksanakan lebih banyak projek yang mengutamakan rakyat, selain meningkatkan kerjasama saling menguntungkan antara China dan Myanmar.
Menurut beliau, kedua-dua pihak perlu kekal tegas dalam membanteras kegiatan jenayah seperti judi dalam talian, penipuan telekomunikasi dan penyeludupan dadah bagi melindungi kepentingan dan keselamatan rakyat di kedua-dua negara.

Sementara itu, Min Aung Hlaing pula menyatakan bahawa pihaknya menghargai sokongan berterusan China terhadap pembangunan stabil dan permuafakatan bangsa di Myanmar.
Katanya, Myanmar tetap berpegang teguh pada prinsip satu China.
Pihaknya juga sangat mengambil berat dan akan memberikan perlindungan penuh terhadap keselamatan syarikat dan kakitangan China di Myanmar.
Selain itu, beliau berkata Myanmar bersedia bekerjasama rapat dengan China untuk membanteras kegiatan judi dalam talian dan penipuan telekomunikasi serta memelihara keselamatan dan kestabilan di kawasan sempadan.

- Menteri Luar Myanmar Dijadual Adakan Lawatan Tiga Hari ke China
- China, Myanmar Ikrar Perkukuh Pertukaran Peringkat Tinggi
- Menteri Luar China, Myanmar Berbincang di Nay Pyi Taw
- China Ucap Tahniah Atas Kejayaan Pilihan Raya Terbaharu Myanmar
- Minggu Filem China 2025 Dilancar di Myanmar
- Mesyuarat Peringkat Menteri Kerjasama Keselamatan Penguatkuasaan Undang-undang Ke-8 China-Myanmar di Beijing
- Xi Terima Kunjungan Pemangku Presiden Myanmar
- Xi, Min Aung Hlaing Tukar Ucapan Tahniah sempena Ulang Tahun ke-75 Hubungan Diplomatik
- Xi Bertemu Pemimpin Myanmar Min Aung Hlaing
- Barangan Bantuan Kecemasan Kumpulan Ke-12 dari China Tiba di Myanmar




