Myanmar Mahu Pergiat Kerjasama Praktikal dengan China

(CRI)Khamis 18 Jun 2026

Myanmar berharap dapat memperkukuh kerjasama dengan China dalam sektor pembinaan prasarana.

Demikian dinyatakan Presiden Myanmar, Min Aung Hlaing yang dalam rangka lawatan rasmi ke China, ketika melawat China Railway Construction Corporation pada Rabu.

Min Aung Hlaing sentiasa memberi perhatian tinggi kepada projek pembinaan di Myanmar.

Sejak 1980-an lagi, China Railway Construction Corporation telah terlibat secara aktif dalam pembinaan prasarana di Myanmar.

Ini termasuk Jambatan Thanlyin yang siap dibina pada tahun 1993 dan dikenali sebagai "Jambatan Persahabatan China-Myanmar", manakala Jambatan Dala yang siap dibina pada tahun ini merupakan projek demonstrasi pembinaan jambatan moden di Myanmar.

Min Aung Hlaing berkata bahawa melalui lawatan kali ini, beliau telah melihat sendiri dan memahami pengalaman China dalam pembinaan landasan kereta api.

Beliau turut mengalu-alukan syarikat China untuk mengadakan kunjungan ke Myanmar dan pada masa sama berharap dapat mempergiat kerjasama prasarana dengan China.

Video

Berita Berkaitan