- Lain-lain
China Seru Pelayaran di Selat Hormuz Kembali Pulih
Menteri Luar China Wang Yi menyeru agar pelayaran kembali normal dengan segera di Selat Hormuz bagi memastikan kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan global.
Beliau membuat kenyataan itu semasa mengadakan perbualan telefon dengan Timbalan Perdana Menteri Pakistan merangkap Menteri Luar Mohammad Ishaq Dar pada Rabu.
Beliau menyifatkan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Iran dengan Amerika Syarikat (AS) sebagai hasil usaha bersama masyarakat antarabangsa, sambil berkata Pakistan telah memainkan peranan utama dalam perkara itu.
Wang menekankan bahawa pada fasa seterusnya, adalah penting untuk mengukuhkan gencatan senjata yang menyeluruh dan mengelak api peperangan daripada tercetus semula.
Beliau turut menyeru agar sokongan diberikan kepada negara-negara di rantau Asia Barat bagi memperbaiki hubungan antara satu sama lain dan meneroka seni bina keselamatan serantau yang baharu.
Sementara itu, Dar meluahkan harapan supaya Pakistan terus memperkasa koordinasi dan kerjasama dengan China untuk bersama-sama memainkan peranan yang konstruktif demi keamanan dan kestabilan berkekalan di rantau ini.
- Pusingan Pertama Rundingan Peringkat Tinggi Iran, AS Berakhir
- Iran, AS Capai Dokumen Perjanjian
- AS-Iran Tandatangan MoU Secara Jarak Jauh
- Kebebasan dan Keselamatan Pelayaran di Selat Hormuz Penting Buat Semua Pihak
- Majlis Penandatanganan MoU AS-Iran akan Diadakan di Switzerland
- Majlis Penandatanganan MoU AS-Iran akan Diadakan pada Jumaat
- PBB Sambut Baik Persepakatan AS-Iran
- AS, Iran Mungkin Capai Perjanjian Hujung Minggu Ini: Trump
- Perjanjian AS-Iran Mesti "Sempurna" - Trump
- Iran Tuduh AS Langgar Perjanjian Gencatan Senjata




