Majlis Penandatanganan MoU AS-Iran akan Diadakan pada Jumaat

(CRI)Selasa 16 Jun 2026

Amerika Syarikat (AS) dan Iran telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) berkaitan gencatan senjata dan penamatan konflik secara elektronik, kata seorang pegawai kanan AS, pada Isnin.

Bagaimanapun kedua-dua pihak dijadual mengadakan majlis penandatanganan rasmi pada Jumaat ini.

Pegawai itu dalam sidang taklimat berkata, Presiden Donald Trump dan Naib Presiden J.D. Vance telah menurunkan tandatangan pada MoU tersebut.

Bagi pihak Iran pula, dokumen tersebut telah ditandatangani Speaker Parlimen Iran Mohammad Baqer Qalibaf.

Pegawai itu memaklumkan, majlis pada Jumaat akan dihadiri oleh Vance, Utusan Khas Presiden AS Steve Witkoff dan menantu Trump, Jared Kushner.

Selepas majlis tersebut, Vance dijangka akan mengetuai delegasi AS dalam rundingan peringkat seterusnya.

Video

Berita Berkaitan