AS, Iran Mungkin Capai Perjanjian Hujung Minggu Ini: Trump

(CRI)Khamis 04 Jun 2026

Rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran berjalan dengan lancar, kata Presiden Donald Trump di Rumah Putih pada Rabu.

Menurut beliau, kedua-dua pihak mungkin boleh memuktamadkan perjanjian berkenaan pada hujung minggu ini.

Trump berkata pelayaran di Selat Hormuz akan dipulihkan segera selepas pemeteraian perjanjian tersebut.

Bagaimanapun, beliau menambah bahawa operasi pembersihan periuk api di sekitar Selat Hormuz merupakan prasyarat kepada pemulihan pelayaran di laluan air itu.

Video

Berita Berkaitan