Perjanjian AS-Iran Mesti "Sempurna" - Trump

(CRI)Khamis 28 Mei 2026

Sebarang perjanjian antara Amerika Syarikat (AS) dengan Iran mesti "sempurna".

Demikian kenyataan Presiden AS, Donald Trump semasa mesyuarat kabinet di Rumah Putih pada Rabu.

Trump memberi bayangan bahawa, kejayaan perjanjian tersebut mungkin bergantung kepada penyertaan lebih banyak negara Asia Barat dalam Perjanjian Abraham.

Pada 25 Mei lalu, Trump menerusi media sosial menyatakan, Arab Saudi, Qatar, Mesir, Jordan, Turkiye dan Pakistan yang terlibat sebagai pengantara dalam rundingan AS-Iran hendaklah menyertai Perjanjian Abraham segera, jika mahu terus memainkan peranan sebagai pengantara dalam rundingan AS-Iran.

Namun, menurut laporan CNN, hampir tiada negara-negara tersebut menunjukkan minat terhadap perkara itu.

Video

Berita Berkaitan