- Lain-lain
China Senarai Hitam 20 Entiti Jepun Di Bawah Kawalan Eksport

Kementerian Perdagangan China pada Isnin mengumumkan senarai 20 entiti Jepun yang dimasukkan ke dalam senarai kawalan eksport.
Langkah tersebut dibuat berdasarkan Undang-Undang Kawalan Eksport China serta Peraturan Kawalan Eksport Barangan Dwi Guna, bagi melindungi keselamatan dan kepentingan negara serta memenuhi kewajipan antarabangsa berkaitan pencegahan percambahan senjata.
Dibawah langkah baharu itu, semua pengeksport dilarang mengeksport barangan dwi guna kepada 20 entiti berkenaan.
Selain itu organisasi dan individu asing juga dilarang memindahkan atau membekalkan barangan dwi guna buatan China kepada 20 entiti terbabit.
Semua urusan berkaitan yang sedang dijalankan hendaklah dihentikan serta-merta.
Bagaimanapun, dalam keadaan khas yang memerlukan eksport, pengendali perlu mengemukakan permohonan dan mendapat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan China.
Kesemua langkah tersebut berkuat kuasa serta merta dari tarikh pengumuman.
- China Bantah Keputusan EU, Sekat Syarikat China dalam Perolehan Awam Peralatan Perubatan
- China Mahu AS Betulkan Kesalahan dan Hormati Konsensus Yang Dicapai
- China Menggesa Jepun Betulkan Amalan Salah
- Katakan Tidak kepada Unilateralisme dan Amalan Perlindungan: MFA
- Perketat Kawalan Eksport Semikonduktor, Pembulian Teknologi Tipikal
- Sekatan AS Tidak Dapat Kekang Pembangunan China




