China Tegaskan Komitmen Lindungi Hak Wanita pada Sesi ke-62 UNHRC

(CRI)Isnin 29 Jun 2026

Delegasi China menegaskan komitmennya untuk membanteras segala bentuk keganasan terhadap wanita ketika Seminar mengenai Hak Wanita sempena Sesi ke-62 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHRC) yang berlangsung di Geneva, Switzerland baru-baru ini.

Timbalan Ketua Delegasi China, Li Xiaomei berkata, China menentang dan memerangi keganasan menyasarkan wanita dalam sebarang bentuk.

Ujarnya China juga telah membangunkan sistem perundangan dan penyeliaan yang komprehensif bagi mencegah serta menangani keganasan terhadap wanita.

Dimaklumkan, China juga telah menerbitkan "Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Negara 2026-2030", bertujuan bagi memperkukuh lagi mekanisme perlindungan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan, sekaligus menyumbang kepada pembangunan hak wanita dan kanak-kanak perempuan di peringkat global.

Li pada masa sama turut membangkitkan isu sejarah melibatkan Jepun dengan merujuk kepada ulang tahun ke-80 Perbicaraan Tribunal Tokyo.

Beliau menyatakan amalan memaksa wanita menjadi hamba seks semasa era ketenteraan Jepun adalah jenayah berat terhadap kemanusiaan yang menyasarkan wanita.

Sehubungan itu, Beijing mendesak Tokyo untuk membuat refleksi dengan mendalam terhadap sejarah pencerobohan mereka dan menangani isu sejarah yang tertunggak dengan sikap jujur dan bertanggungjawab.

Video

Berita Berkaitan