- Lain-lain
Teknologi Pintar, Digital Perkasakan Wanita Serata Dunia
Pada September lalu, lebih daripada 50 wanita dari luar negara yang merangkumi pemilik perniagaan dan pelajar universiti telah menghadiri bengkel kemahiran digital di Provinsi Zhejiang, timur China untuk mempelajari tentang pengurusan kedai dalam talian.
Dewasa ini, teknologi pintar dan digital telah menjadi enjin yang kuat dalam pertumbuhan ekonomi global, dan golongan wanita kini semakin berperanan penting bagi mendorong ekonomi digital untuk ke hadapan.
Menurut laporan Persidangan PBB untuk Pembangunan dan Perdagangan (UNCTAD), dari tempoh 2025 ke 2030, penyertaan wanita yang lebih ramai dalam ekonomi digital dijangka untuk menambah lebih daripada AS$300 bilion terhadap pasaran e-dagang Afrika dan Asia Tenggara sahaja.
Pemilik perniagaan luar negara, pelajar kolej dan pemilik perniagaan tempatan telah menghadiri sesi latihan kecerdasan buatan (AI) dan e-dagang di Yiwu, Provinsi Zhejiang di timur China. (Foto oleh Xu Xiaohang)
China telah melancarkan satu siri inisiatif untuk mempromosi latihan kemahiran dan pendidikan digital buat golongan wanita, menggalakkan pertumbuhan jenama e-dagang yang diterajui wanita, dan membantu wanita untuk mempelajari kemampuan baharu bagi mendorong daya saing masing-masing dalam ekonomi digital.
Untuk rekod, wanita kini meliputi hampir lebih separuh daripada keseluruhan usahawan dalam industri internet China. Dari 2022 ke 2023, lebih 71.85 juta wanita kini bekerja di dalam sektor perniagaan dalam talian, perkhidmatan platform dan e-dagang di China.
China sedang memperdalam kerjasama antarabangsa dengan berkongsi pengalamannya dalam memperkasa wanita menerusi teknologi pintar dan digital. Melalui program pembinaan kapasiti, akses pasaran yang berkembang, sokongan kewangan dan usaha-usaha lain, China kini membantu wanita di serata dunia untuk menyertai dalam ekonomi digital dan mendapat peluang pekerjaan, atau memulakan perniagaan sendiri.
Pada November 2024, Agensi Kerjasama Pembangunan Antarabangsa China dengan kolaborasi bersama-sama Kementerian Perdagangan, UNCTAD dan organisasi lain telah melancarkan bengkel di Beijing dan Shanghai untuk menambah baik keupayaan ekonomi digital dan e-dagang untuk usahawan wanita dari negara-negara membangun.
Program tersebut telah mengumpulkan usahawan wanita dari 12 negara di Afrika, Amerika Latin, dan Asia. Menerusi kuliah, perbincangan, dan lawatan tapak, peserta mendapat ilmu praktikal dan kemahiran digital untuk mengemudi secara lebih baik dan mencapai kejayaan dalam ekonomi digital.
Di Forum Jalur dan Laluan untuk Kerjasama Antarabangsa ketiga, China memperkenalkan Inisiatif Tadbir Urus AI Global, mencari pendekatan untuk mengelakkan bias jantina dalam pembangunan AI.
Pada sesi Perhimpunan Agung PBB sesi yang ke-78, China mempromosi resolusi terhadap ‘Menambah Baik Kerjasama Antarabangsa dalam Pembinaan Kapasiti AI’, sekali gus menekankan keperluan untuk memastikan semua orang mendapat manfaat daripada AI, menambah baik penyepaduan digital, dan memajukan kesaksamaan jantina dan pemerkasaan wanita.
Pada Julai 2025, China mewujudkan Pusat Kerjasama dan Pertukaran Global untuk Pemerkasaan Digital Wanita bagi memupuk bakat, mempermudah pertukaran dan mempromosi kerjasama.
- "Setiap Wanita Bintang dalam Perjalanan Modenisasi Ala China"
- China Saran Komuniti Antarabangsa Tingkatkan Sinergi, Cepatkan Pembangunan Wanita
- Sorotan Ucapan Presiden Xi Jinping Semasa Upacara Pembukaan Mesyuarat Pemimpin Global untuk Wanita
- Video Muzik: Kembang Mekar di Tanah China
- Xi Sampaikan Ucaptama pada Sidang Kemuncak Wanita Global di Beijing
- China Majukan Lagi Pemerkasaan Wanita, Berusaha ke Arah Kemajuan Global
- Setiap Wanita Mempunyai Potensi Menyerlah Dalam Bidang Masing-Masing
- Petikan Wacana Xi mengenai Kaum Wanita Diterbitkan dalam Bahasa Asing
- Presiden China Bakal Sampaikan Ucaptama Dalam Sidang kemuncak Wanita Sedunia
- Xi Bakal Hadir Perasmian Sidang Kemuncak Wanita Global