- Lain-lain
Artikel Xi Mengenai Tanggungjawab Setiausaha Jawatankuasa Parti Peringkat Kaunti Diterbitkan Jurnal Qiushi

Artikel Presiden China, Xi Jinping bertajuk "Jadilah Setiausaha Jawatankuasa Parti Peringkat Kaunti Seperti Mendiang Jiao Yulu” diterbitkan di dalam Jurnal Qiushi edisi ke-13 pada Rabu.
Artikel tersebut merupakan petikan ucapan Xi ketika sesi dialog bersama peserta kursus latihan Setiausaha Jawatankuasa Parti Peringkat Kaunti di Sekolah Parti Pusat pada 12 Januari 2015.
Xi berkata, peringkat kaunti merupakan penghubung penting dalam struktur organisasi Parti Komunis China (PKC) dan pentadbiran negara, selain menjadi asas kepada pembangunan ekonomi, kesejahteraan rakyat, kestabilan sosial dan kemakmuran negara.
Beliau menyifatkan jawatankuasa Parti peringkat kaunti sebagai "pusat arahan barisan hadapan" dalam pentadbiran negara, manakala setiausaha jawatankuasa kaunti ialah "komander barisan hadapan".
Xi berkata mendiang Jiao Yulu merupakan contoh teladan kepada semua setiausaha jawatankuasa daerah, dan mereka harus mencontohi semangat serta dedikasi mendiang dalam menjalankan tugas.
Menurut artikel tersebut, dalam menjalankan tugas sebagai setiausaha jawatankuasa Parti peringkat kaunti mesti sentiasa ikhlas, berkhidmat untuk rakyat, bertanggungjawab dan sentiasa menggunakan kuasa secara sah adil dan berintegriti.
- Artikel Xi Mengenai Pembangunan Pendidikan, Sains dan Teknologi, dan Bakat Diterbitkan dalam Jurnal Qiushi
- Simposium Pembinaan Parti Berlangsung di Beijing
- Artikel Xi mengenai Pembangunan Industri Masa Hadapan Diterbitkan
- Karya Terpilih Xi Jinping mengenai Kedaulatan Undang-undang Edisi Bahasa Inggeris Diterbitkan
- Jilid Kelima Buku "Xi Jinping: Tadbir Urus China" Diterbitkan dalam Lapan Bahasa
- Xi Beri Arahan kepada Barisan Pegawai Kanan Menerusi Artikelnya Terbitan Qiushi
- Majlis Promosi Buku "Xi Jinping: The Governance of China" Edisi Bahasa Inggeris Diadakan di Indonesia
- Artikel Xi Mengenai Galakan Membaca dalam Kalangan Rakyat Diterbitkan Dalam Jurnal Qiushi
- Artikel Xi mengenai Pemahaman Betul terhadap Prestasi Tadbir Urus Diterbit
- Simposium Mengenai Buku Xi Memimpin Perang Membasmi Kemiskinan Diadakan di Beijing




