- Lain-lain
Xi, Herminie Bertukar Ucapan Tahniah Sempena 50 Tahun Hubungan Diplomatik China-Seychelles
Presiden China Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Seychelles Patrick Herminie bertukar ucapan tahniah pada Selasa, sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara.
Xi berkata beliau amat mementingkan hubungan dengan Seychelles dan bersedia bersama-sama dengan Herminie mengambil peluang ini sebagai permulaan baharu, meneruskan persahabatan tradisional dan memantapkan kerjasama yang saling menguntungkan dalam kerangka usaha sama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan Forum Kerjasama China-Afrika.
Xi juga menyeru komitmen kedua-dua negara dalam menggalakkan pembangunan bersama, membimbing perkembangan hubungan perkongsian strategik China- Seychelles ke tahap baharu sekaligus memberi manfaat yang lebih baik kepada rakyat kedua-dua negara.
Sementara itu Herminie menyatakan bahawa China merupakan rakan yang berharga bagi Seychelles, dan telah memberikan banyak sokongan bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat dan mencapai matlamat pembangunan negara.
Katanya Seychelles berpegang teguh kepada prinsip Satu China, dan bersedia meneruskan kerjasama dalam kerangka BRI dan Forum Kerjasama China-Afrika, serta terus memperkukuh hubungan kedua-dua negara.
- Menteri Luar China dan Seychelles Adakan Rundingan di Beijing
- China Bantu Afrika Perangi Ebola
- Tarif Sifar Galak Usaha Modenisasi China, Afrika
- “Tarif Sifar” Memangkin Pembangunan Afrika Berdasarkan Kerjasama dengan China
- Xi, Neves Bertukar Ucapan Tahniah Sempena 50 Tahun Hubungan Diplomatik
- Xi Ucap Tahniah kepada Guelleh Dilantik Semula Sebagai Presiden Djibouti
- Seychelles Boleh Jadi Jambatan bagi Kerjasama China-Afrika: Presiden Herminie
- Program Sosiobudaya dan Sambutan TBC 2026 Dilancarkan di Mauritius
- Xi Ucap Tahniah Touadera Kekal Presiden Afrika Tengah
- Aktiviti Rai Pelancaran Tahun Pertukaran Rakyat-ke-Rakyat China-Afrika di Pretoria
- China Sudi Bersama Afrika Melangkah Menuju Modenisasi: MFA




