- Lain-lain
Aspirasi Asal dan Sasaran Perjuangan Parti Komunis China

Di tengah-tengah perubahan situasi antarabangsa pada masa ini, dunia menghadapi pelbagai cabaran, manakala orang ramai pun memandang semula peranan dan sumbangan China yang di bawah pimpinan Parti Komunis China (PKC) dalam tadbir urus global.
"Untuk memahami China pada hari ini, mestilah memahami PKC terlebih dahulu."
Pada 1 Julai 2026, PKC menyambut ulang tahun ke-105 penubuhannya. Dari hanya lebih 50 ahli ketika parti ini ditubuhkan pada tahun 1921, jumlah keahliannya kini telah melebihi 100 juta.

Buku "Peradaban China dan Parti Komunis China" yang dikarang oleh Encik Zheng Bijian, pengasas Institut Inovasi dan Strategi Pembangunan China, menyebut bahawa jumlah ekonomi China merekodkan lebih RMB140 trilion (RM84 trilion) pada separuh pertama tahun 2026. Ekonomi China mengekalkan pertumbuhan mampan walaupun menghadapi pelbagai tempias seperti kekurangan tenaga di peringkat antarabangsa dan rantaian bekalan yang terjejas. Ini memberikan keyakinan kepada dunia yang berdepan ketidakpastian.
Ditinjau dari aspek politik pula, berbeza dengan beberapa negara yang mengikut model perbalahan politik Barat yang membawa kekacauan, China telah berjaya membina sistem demokrasi sosialis bercirikan China yang menggabungkan demokrasi dan perundangan di bawah kepimpinan PKC. Dengan adanya model tadbir urus sedemikian, China merealisasikan pembangunan ekonomi yang pesat di samping mempunyai ketenteraman masyarakat yang berpanjangan.

PKC sentiasa berbakti kepada rakyat, dan berdedikasi untuk membawa kesejahteraan kepada rakyat, selain menjadikan pintu terbuka sebagai dasar utama negara.
Selain itu, PKC menterjemahkan pemikiran "harmoni dalam diversiti" dan "mencari persamaan sambil mengekalkan perbezaan" menjadi sistem barisan bersatu, di samping menyerap konsep "keharmonian antara manusia dan alam" serta "mengikut perubahan alam" menjadi amalan berjaya dalam pembangunan tamadun ekologi.
PKC mengangkat cita-cita "keharmonian wujud seluruh dunia", mengemukakan inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta produk awam antarabangsa lain, hingga menyumbangkan kebijaksanaan sendiri bagi mempromosikan kemajuan bersama umat manusia.
- Perhimpunan Sambutan Ulang Tahun ke-105 PKC Berlangsung di Beijing
- Xi Anugerahkan "Pingat 1 Julai" kepada 8 Penerima
- Keahlian Parti Komunis China Melebihi 101 Juta Orang
- Konsert Sambutan Ulang Tahun ke-105 PKC Berlangsung Meriah di Beijing
- Pemimpin Rakyat: Mengikuti Jejak Bapa, Berpegang kepada Aspirasi Asal
- Berkhimat untuk Rakyat, Hati Nurahi Ahli Parti
- Xi Jinping Balas Surat Anggota Lama PKC
- Simposium Pembinaan Parti Berlangsung di Beijing
- Persidangan Kebangsaan mengenai Amalan Membaca Berlangsung di Nanchang
- Xi Seru Pegawai Kanan Tentera Perkukuh Integriti Politik Menjelang Ulang Tahun ke-100 PLA




