- Lain-lain
Xi Jinping Balas Surat Anggota Lama PKC
Sempena sambutan ulang tahun ke-105 penubuhan Parti Komunis China (PKC), Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping telah membalas surat yang dikirimkan wartawan veteran dan juga anggota lama Parti yang berusia 102 tahun, Zhang Liansheng yang pernah bertugas di Agensi Berita Xinhua.
Di dalam surat tersebut Xi menyampaikan salam hormat dan ucapan mesra kepada Zhang serta semua anggota parti dan veteran parti di seluruh negara.
Xi yang juga Presiden China dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China dalam surat itu memuji sumbangan Zhang yang pernah berkhidmat sebagai operator komunikasi "Pasukan Keempat", yang mengikuti kepimpinan pusat Parti dan berpindah-randah di bahagian utara Shaanxi semasa tempoh peperangan.
Beliau berkata Zhang telah membaktikan seluruh hidupnya kepada bidang komunikasi dan masih mengambil berat terhadap pembangunan Parti serta negara walaupun usianya telah memasuki lebih satu abad.
Xi turut menyatakan penghargaan terhadap semangat kesetiaan Zhang kepada Parti, termasuk tekad untuk terus "mengikut Parti selama-lamanya" dan kekal sebagai anggota "Pasukan Keempat".
Xi juga mengingatkan ahli Parti di seluruh negara agar meneruskan tradisi revolusi, berpegang kepada aspirasi asal dan misi asas Parti supaya terus maju jaya dalam perjalanan baharu.
- Simposium Pembinaan Parti Berlangsung di Beijing
- Persidangan Kebangsaan mengenai Amalan Membaca Berlangsung di Nanchang
- Xi Seru Pegawai Kanan Tentera Perkukuh Integriti Politik Menjelang Ulang Tahun ke-100 PLA
- Zheng Liwen Mulakan Lawatan di Tanah Besar China
- Pengerusi KMT Dijemput Lawat Tanah Besar
- Delegasi PKC Adakan Sesi Penerangan Semangat Sidang Pleno Keempat Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC
- Sesi Pengajian Garis Panduan Sidang Pleno ke-4 Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC Berakhir
- Sidang Pleno Suruhanjaya Pusat bagi Pemeriksaan Disiplin PKC Keluarkan Pengumuman
- Pucuk Pimpinan PKC Rangka Pelan Perkukuh Tadbir Urus Parti dan Banteras Rasuah
- Agama di China Perlu Sesuai dengan Konteks Negara - Xi




