- Lain-lain
Pemimpin Dunia Ucap Tahniah atas Ulang Tahun ke-105 PKC
Pemimpin parti politik dan kerajaan dari beberapa buah negara mengucapkan tahniah kepada Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping atas ulang tahun ke-105 PKC.
Antaranya, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan bahawa di bawah kepimpinan Setiausaha Agung Xi Jinping, PKC telah meneruskan legasi daripada tamadun China, dengan menggabungkan konsep falsafah, moral dan sejarah yang panjang, sekali gus memikul tanggungjawab dalam menyemarakkan tamadun secara berkekalan.
Sementara itu Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura dan Perdana Menteri Lawrence Wong pula menyatakan bahawa, PAP Singapura dan PKC sentiasa berpegang kepada prinsip berpaksikan rakyat, berkhidmat dengan nilai-nilai murni, sekaligus mencorak masa depan yang stabil dan makmur buat negara masing-masing.
Beliau turut menzahirkan harapan partinya untuk mempererat kerjasama dengan PKC secara berterusan.
Manakala Ketua Umum Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) dan Presiden Prabowo Subianto memuji kecemerlangan PKC berjaya memimpin China keluar daripada belenggu kemiskinan.
Prabowo juga menyanjung pencapaian PKC dalam menjamin kesejahteraan seluruh rakyat dan sentiasa menjadi suri teladan bagi Gerindra.
- Perhimpunan Sambutan Ulang Tahun ke-105 PKC Berlangsung di Beijing
- Xi Anugerahkan "Pingat 1 Julai" kepada 8 Penerima
- Keahlian Parti Komunis China Melebihi 101 Juta Orang
- Konsert Sambutan Ulang Tahun ke-105 PKC Berlangsung Meriah di Beijing
- Pemimpin Rakyat: Mengikuti Jejak Bapa, Berpegang kepada Aspirasi Asal
- Berkhimat untuk Rakyat, Hati Nurahi Ahli Parti
- Xi Jinping Balas Surat Anggota Lama PKC
- Simposium Pembinaan Parti Berlangsung di Beijing
- Persidangan Kebangsaan mengenai Amalan Membaca Berlangsung di Nanchang
- Xi Seru Pegawai Kanan Tentera Perkukuh Integriti Politik Menjelang Ulang Tahun ke-100 PLA




