- Lain-lain
PKC Berazam Cipta Pancapaian Baharu untuk Rakyat

Perhimpunan sambutan ulang tahun ke-105 Parti Komunis China (PKC) diadakan dalam suasana penuh gilang-gemilang di Beijing pada Rabu.
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping menyampaikan Pingat 1 Julai kepada para penerima.
Xi, yang juga Presiden China dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China dalam ucapannya pada majlis itu telah mengimbau kembali dan merumuskan perjalanan gemilang yang dilalui rakyat China di bawah pimpinan PKC.
Bahkan beliau turut berkongsi pencapaian cemerlang yang dicapai PKC selama ini.
Justeru beliau menyeru kepada semua anggota PKC supaya terus mengekalkan keyakinan, berjuang tanpa henti, dan sentiasa mencipta pancapaian baharu khususnya kepada rakyat China pada era baharu kini.
Xi berkata PKC sentiasa berpegang teguh kepada aspirasi untuk membawa kebahagiaan kepada rakyat dan mewujudkan kebangkitan nusa dan bangsa China.
Mencapai kemodenan merupakan matlamat perjuangan PKC yang tidak pernah berubah.
Sebagai entiti ekonomi kedua terbesar dunia dengan agregat ekonomi kira-kira 17 peratus di peringkat global, usaha China yang berterusan untuk menggalakkan pemodenan ala China itu sendiri merupakan sumbangan besar kepada pemodenan dunia
China juga terus memperluas keterbukaan bertaraf tinggi serta berkongsi peluang dengan dunia dan China sedang giat berusaha untuk mendorong pembangunan bersama di seluruh dunia.
Ahli ekonomi Britain, John Ross menyifatkan bahawa PKC berjaya memimpin China dan mewujudkan pembangunan yang mengagumkan berdasarkan perancangan jangka panjang.
Konsep saranan Presiden Xi Jinping mengenai pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan membuka mata dunia bahawa hubungan antara negara bukanlah mainan campur tolak.
Semua negara boleh menjadi pemenang dan mencapai keuntungan dalam pembangunan.
China kini memainkan peranan penstabil global melalui pembangunannya sendiri.

PKC juga terus menyumbang kebijaksanaan dan cadangan untuk menambah baik tadbir urus global.
Pada pertengahan Jun tahun ini, kerajaan China telah menerbitkan kertas putih bertajuk "Membina Sistem Tadbir Urus Global yang Lebih Adil dan Saksama: Konsep, Inisiatif dan Tindakan China", yang memperkenalkan secara menyeluruh amalan China dalam penyelarasan pembaharuan dan pembinaan sistem tadbir urus global, serta seterusnya memperjelas hala tuju, prinsip dan pelan tindakan China mengenai tadbir urus global.
Sementara itu Pengerusi Institut Lula Brazil, Ivone Silva berpendapat bahawa China secara aktif mendorong negara-negara membangun untuk memiliki suara yang lebih besar dalam hal ehwal antarabangsa, membolehkan orde antarabangsa berkembang ke arah yang lebih adil dan munasabah.
Katanya PKC bukan sahaja membentuk China malah turut mempengaruhi landskap dunia secara mendalam.
- Perhimpunan Sambutan Ulang Tahun ke-105 PKC Berlangsung di Beijing
- Xi Anugerahkan "Pingat 1 Julai" kepada 8 Penerima
- Keahlian Parti Komunis China Melebihi 101 Juta Orang
- Konsert Sambutan Ulang Tahun ke-105 PKC Berlangsung Meriah di Beijing
- Pemimpin Rakyat: Mengikuti Jejak Bapa, Berpegang kepada Aspirasi Asal
- Berkhimat untuk Rakyat, Hati Nurahi Ahli Parti
- Xi Jinping Balas Surat Anggota Lama PKC
- Simposium Pembinaan Parti Berlangsung di Beijing
- Persidangan Kebangsaan mengenai Amalan Membaca Berlangsung di Nanchang
- Xi Seru Pegawai Kanan Tentera Perkukuh Integriti Politik Menjelang Ulang Tahun ke-100 PLA




