- Lain-lain
Martabatkan PBB, Perhalusi Mekanisme Kerjasama Pelbagai Hala - Naib Presiden China

Pada masa ini, situasi antarabangsa semakin kacau-bilau dan mencabar, konflik geopolitik terus berlaku di sana sini, manakala pelbagai risiko, cabaran dan permasalahan tadbir urus menjadi semakin menonjol.
Naib Presiden China, Han Zheng membuat analisis sedemikian dalam ucapannya ketika menghadiri Forum Kedamaian Dunia ke-14 yang diadakan di Universiti Tsinghua, di Beijing pada Jumaat.
Han turut mengeluarkan empat cadangan, antaranya termasuk memelihara teguh kewibawaan dan kedudukan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), memperdalam dan memperluas mekanisme kerjasama pelbagai hala serta mendorong penambahbaikan tadbir urus sejagat.
Beliau juga mencadangkan untuk meningkatkan tadbir urus dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Kesemua cadangan tersebut bertepatan dengan Inisiatif Tadbir Urus Global anjuran Presiden China, Xi Jinping yang menyasarkan pembinaan sistem tadbir urus global yang lebih adil dan munasabah, serta berperanan menyuntik kestabilan berharga dan tenaga positif ke dalam landskap dunia.
Turut hadir, kira-kira 400 orang pegawai kanan dari negara asing yang sudah bersara, diplomat asing yang bertugas di China serta cendekiawan dari dalam dan luar negara, termasuk bekas Pengerusi Jawatankuasa Pertahanan Senat Pakistan, Mushahid Hussain Sayed, dan bekas Menteri Luar Korea Selatan, Kim Sung-hwan.
- Google Didenda 325 Juta Euro Kerana Langgar Undang-Undang Perancis
- GGI Bantu Tambah Baik Sistem Tadbir Urus Global
- China Seru Pertahankan Sistem Antarabangsa Berteraskan PBB
- Myanmar Serahkan 150 Suspek Jenayah Penipuan Telekomunikasi kepada China
- China Komited Perkasa Kerjasama dengan Semua Negara
- PM Hangary: Asia dan China, Peserta Penting Urusan Sejagat
- Persidangan Usahawan ke-10 China-Arab Diadakan di Riyadh
- China Menggesa Jepun Betulkan Amalan Salah
- 2023 Diharap Bawa Sinar Harapan kepada Kerjasama Global: Penyelaras PBB




