- Lain-lain
Xi, Milatovic Bertukar Ucapan Tahniah Sempena Ulang Tahun ke-20 Hubungan Diplomatik China-Montenegro
Presiden China Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Montenegro Jakov Milatovic bertukar ucapan tahniah sempena ulang tahun ke-20 hubungan diplomatik kedua-dua negara, pada Isnin.
Xi dalam perutusannya menzahirkan kesediaan untuk berganding bahu dengan Presiden Milatovic bagi memperkukuh hubungan persahabatan tradisional, memperkasakan kerjasama saling menguntungkan, selain mendorong hubungan China-Montenegro ke tahap baharu, sekali gus membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.
Sementara itu, Milatovic dalam perutusannya telah menyatakan komitmen untuk terus mendorong pembangunan hubungan dua hala agar mencapai lebih banyak hasil serta mempertingkatkan kerjasama dalam pelbagai sektor demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara, sekali gus menyumbang kepada pembangunan dan keamanan dunia.




