- Lain-lain
Xi Mahu Pergiat Usaha Bantu Mangsa Kebakaran Kilang Pembuatan Kasut di Jinjiang
Presiden China, Xi Jinping mahu usaha menyelamat dan merawat mangsa kebakaran sebuah kilang pembuatan kasut di Jinjiang, bandar Quanzhou, provinsi Fujian dipertingkat dan dilakukan dengan sehabis baik.
Menurut laporan, kejadian yang berlaku pada Khamis pukul 12.00 tengah hari itu telah mengakibatkan jumlah kematian dan kecederaan yang besar.
Susulan tragedi itu, Presiden Xi telah mengarahkan supaya operasi menyelamat dilakukan dengan segera dan bersungguh-sungguh.
Beliau turut menyampaikan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa.
Presiden Xi juga mengarahkan siasatan menyeluruh dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian, sekali gus memastikan pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.
Pada masa sama, beliau turut menegaskan bahawa pada tahun ini pelbagai insiden melibatkan keselamatan berlaku, justeru beliau mahu pihak berkuasa berkaitan agar mengambil iktibar daripada insiden tersebut.
Xi menuntut supaya mengutamakan keselamatan, menambah baik pelan tindak balas kecemasan dan melakukan penilaian risiko bagi mencegah kemalangan daripada berlaku, sekali gus memelihara keselamatan nyawa dan harta benda rakyat.
- China Hantar Lagi Bekalan Bantuan Bencana ke Guangxi
- Pemimpin Rakyat: Mengikuti Jejak Bapa, Berpegang kepada Aspirasi Asal
- Berkhimat untuk Rakyat, Hati Nurahi Ahli Parti
- Artikel Xi Mengenai Pembinaan Tamadun Ekologi Diterbitkan di Majalah Qiushi
- China Tegas Sangkal Fitnah Barat
- Daripada Rakyat
- Artikel Xi 'Rakyat Sentiasa Diutamakan' Diterbit Esok




