China Sokong Syarikat Domestik Lindungi Hak Sendiri: MFA

(CRI)Isnin 20 Julai 2026

China menyokong syarikat domestik melindungi hak dan kepentingan sah sendiri menerusi pendekatan undang-undang.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar (MFA) sebagai respons terhadap tindakan kerajaan Britain memilik negarakan British Steel, anak syarikat kepada Jingye Group China.

Menurut jurucakap itu, China mengikuti perkembangan isu pengambilalihan syarikat berkenaan oleh kerajaan Britain dan akan mengambil tindakan yang wajar untuk mempertahankan hak sendiri.

Beliau berkata China dan Britain telah menandatangani perjanjian mengenai perlindungan pelaburan, justeru hak dan kepentingan sah pelabur mesti dilindungi sepenuhnya mengikut undang-undang.

China menggesa Britain supaya menghormati prinsip pasaran dan semangat kontrak, serta mencari penyelesaian berkaitan pampasan dan isu-isu lain yang boleh diterima kedua-dua pihak.

Video

Berita Berkaitan