- Lain-lain
WAIC 2026 Melabuhkan Tirai, Catat Lebih 400 Ribu Pengunjung

Persidangan Kecerdasan Buatan Sedunia (WAIC) 2026 serta Mesyuarat Peringkat Tinggi mengenai Tadbir Urus AI Globalmelabuhkan tirainya di Shanghai pada Isnin dengan mencatat kehadiran lebih 400,000 pengunjung sepanjang penganjurannya.
Menurut statistik yang diumumkan, persidangan tersebut telah menghimpunkan 177 delegasi perolehan dari seluruh dunia dengan nilai hasrat pembelian dianggarkan mencecah RMB20.36 bilion (RM12.3 bilion), meningkat 25 peratus berbanding tahun lalu.

Semasa majlis penutup, tokoh industri telah berkongsi pandangan mereka mengenai perkembangan terkini teknologi kecerdasan buatan (AI) serta menyuarakan harapan agar edisi akan datang terus menjadi platform kerjasama dan inovasi global.
Selain itu, sebanyak 32 buah projek utama AI di Shanghai telah ditandatangani, merangkumi bidang infrastruktur AI, aplikasi agen pintar, kecerdasan terjelma, dan penyelidikan saintifik, dengan jumlah pelaburan melebihi RMB40.9 bilion (RM24.7 bilion).

- Pelbagai Jenis Robot Dipamerkan sempena WAIC 2026
- Mesyuarat Peringkat Tinggi mengenai Tadbir Urus AI Global Berlangsung di Shanghai
- China Perkasa Sokongan dalam Pembangunan AI di Peringkat Global - Xi
- Majlis Penandatanganan Perjanjian Penubuhan WAICO Diadakan di Shanghai
- Xi dan Isteri Anjur Jamuan Rai Tetamu Kehormat WAIC
- Xi Berucap Rasmikan WAIC 2026
- Guterres Tiba di Shanghai, Hadir WAIC 2026
- Xi Bakal Hadir Perasmian WAIC 2026
- WAIC 2026 Bakal Buka Tirai di Shanghai
- WAIC 2025 Buka Tirai di Shanghai




