- Lain-lain
China Perkasa Sokongan dalam Pembangunan AI di Peringkat Global - Xi

Penubuhan Pertubuhan Kerjasama Kecerdasan Buatan Dunia (WAICO) di Shanghai adalah tindakan penting China untuk menyahut seruan dari 'Selatan Global', dan meningkatkan solidariti dalam masyarakat antarabangsa untuk mempergiatkan pembangunan dan tadbir urus kecerdasan buatan (AI). Ia akan tercatat sebagai satu perkara signifikan dalam sejarah pembangunan AI.
Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping ketika memberi ucaptama dalam majlis perasmian Persidangan Kecerdasan Buatan Sedunia (WAIC) 2026 serta Mesyuarat Peringkat Tinggi mengenai Tadbir Urus Kecerdasan Buatan Global di Shanghai pada Jumaat.

Xi Jinping mengumumkan, bagi menyokong pembangunan AI dan meningkatkan kapasiti AI di peringkat global dalam 5 tahun akan datang, China akan menganjurkan bengkel latihan khusus AI untuk 5,000 keanggotaan dari negara-negara membangun; menubuhkan Pusat Kerjasama Aplikasi AI Antarabangsa untuk ASEAN, Liga Arab, Kesatuan Afrika, Komuniti Negara Amerika Latin, Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), dan negara-negara BRICS; serta memajukan pelaksanaan program amaran awal cuaca pintar "Mazu" di 30 buah negara yang berperanan menjaga keselamatan di perairan demi kesejahteraan rakyat.

- Guterres Tiba di Shanghai, Hadir WAIC 2026
- Xi Bakal Bentangkan Pendirian China tentang Pembangunan dan Tadbir Urus AI
- Xi Bakal Hadir Perasmian WAIC 2026
- WAIC 2026 Bakal Buka Tirai di Shanghai
- China Seru Semua Pihak Manfaatkan Potensi AI untuk Galakkan Pembangunan Mesra OKU
- Pakar China, ASEAN Bincang Perkembangan, Tadbir Urus AI
- WAIC 2025 Buka Tirai di Shanghai
- China Pamer Kehebatan AI pada WAIC 2024, Tandatangani 24 Projek AI
- Memacu Pembangunan dan Tadbir Urus AI Demi Kebaikan Umum - PM Li
- PM China Bakal Hadir WAIC 2024




