Kapal Hospital Tentera China Mulakan Misi Kemanusiaan ke Afrika dan Asia Selatan

(CRI)Khamis 23 Julai 2026

Kapal hospital "Ji Xiang Fang Zhou" (Auspicious Ark) milik Tentera Laut China berlepas dari pangkalan tentera laut di Qingdao, wilayah Shandong pada Rabu bagi melaksanakan misi perkhidmatan perubatan kemanusiaan luar negara "Misi Harmoni 2026" selain mengadakan lawatan persahabatan ke beberapa negara di Afrika dan Asia Selatan.

Ini merupakan misi luar negara pertama kapal hospital "Ji Xiang Fang Zhou" sejak ditauliahkan, dan merupakan misi kali ke-12 Tentera Laut China dibawah "Misi Harmoni".

Kapal hospital ini dilengkapi 18 jabatan klinikal dan lima jabatan sokongan perubatan, yang mampu menyediakan lebih 60 jenis pemeriksaan, rawatan dan pembedahan dalam pelbagai bidang termasuk pembedahan am, ortopedik, obstetrik dan ginekologi, oftalmologi dan lain-lain.

Selain itu, kapal ini juga mempunyai lapan bilik pembedahan standard yang membolehkan beberapa prosedur pembedahan dijalankan secara serentak.

Kapal ini turut membawa sebuah helikopter penyelamat perubatan yang mempunyai keupayaan untuk melaksanakan tugas-tugas menyelamat dan perubatan kecemasan di barisan hadapan.

Video

Berita Berkaitan