- Lain-lain
Menteri Luar China dan Iran Adakan Pertemuan di Kyrgyzstan

Menteri Luar China, Wang Yi bertemu dengan rakan sejawatannya dari Iran, Seyed Abbas Araghchi di Kyrgyzstan pada Jumaat dalam tempoh Mesyuarat Majlis Menteri-menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) di sana.
Wang menyatakan bahawa situasi Asia Barat yang menjadi lagi meruncing sudah dalam perhatian China. Usaha mendesak buat masa sekarang ini adalah menekankan perundingan untuk menyelesaikan pertikaian dan kembali kepada pelaksanaan konsensus yang tercapai dalam memorandum.
Sebagai rakan strategik komprehensif, China teguh menyokong Iran melindungi kedaulatan, keselamatan dan maruah bangsa, terus menyokong usaha pengantaraan pelbagai pihak termasuk Pakistan, dan berharap agar agar rundingan dan dialog antara pihak-pihak berkepentingan dapat disambung semula secepat mungkin, dan isu Selat Hormuz ditangani dengan baik, yang dilihat kondusif bagi pemulihan keamanan dan kedamaian di Asia Barat dengan seawal mungkin.
Dalam pertemuan itu, Araghchi telah berkongsi situasi terkini di kawasan Teluk di Asia Barat dengan China. Beliau menyatakan, pada waktu kritikal sekarang, adalah sangat penting bagi Iran dan China, dua rakan strategik komprehensif, mempertingkat komunikasi dan koordinasi.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada China yang kononnya sentiasa memegang pendirian yang objektif dan adil, konsisten dalam menggalakkan keamanan dan membantu menghindari perang, dan berharap agar China terus memainkan peranan penting untuk mendorong situasi semasa berubah menjadi tenang dan reda.
- Pertumbuhan Ekonomi Global Dijangka Merosot kepada 1.3 Peratus Ekoran Konflik AS-Iran : Bank Dunia
- AS Umum Tamatkan Serangan Terbaharu ke atas Iran
- Serangan Israel di Utara Gaza Ragut Tujuh Nyawa
- China Bimbang Konflik Ketenteraan di Rantau Teluk: MFA
- AS Lancar Serangan Udara Tiga Malam Berturut-turut ke atas Iran
- Isu Pelayaran Selat Hormuz Perlu Dikendali dengan Baik - MFA
- Iran Kecam Keras Serangan AS
- Iran Serang Pangkalan Tentera AS di Qatar
- AS Selesaikan Serangan Kali Ketiga terhadap Iran Minggu Ini
- AS Tarik Balik Kebenaran Jualan Minyak oleh Iran




