Pertumbuhan Ekonomi Global Dijangka Merosot kepada 1.3 Peratus Ekoran Konflik AS-Iran : Bank Dunia

(CRI)Khamis 23 Julai 2026

Konflik antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang semakin meruncing berkemungkinan mendorong kenaikan inflasi dan kadar faedah, sekaligus memperlahankan pertumbuhan ekonomi global kepada 1.3 peratus.

Demikian dinyatakan Naib Presiden Kanan dan Ketua Ekonomi Bank Dunia, Indermit Gill ketika ditemui media pada Rabu.

Gill berkata, memandangkan ketidakpastian yang tinggi mengenai konflik di Asia Barat, Bank Dunia dalam unjuran ekonominya pada bulan Jun telah menyediakan tiga senario.

Menurut beliau, senario terburuk iaitu mengandaikan konflik berlarutan selama enam bulan atau lebih, kini hampir menjadi kenyataan.

Sekiranya senario itu berlaku, kadar inflasi global tahun ini dijangka mencecah 4.5 peratus.

Video

Berita Berkaitan