- Lain-lain
Menteri APEC Ikrar Imbangi Pertumbuhan Ekonomi, Ekologi

Menteri-menteri perhutanan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) bersetuju untuk meningkatkan perlindungan kepelbagaian biologi, menambah baik tadbir urus hutan dan merancakkan pelaburan dalam sektor perhutanan ke arah pembangunan mampan.
Mesyuarat peringkat menteri APEC mengenai perhutanan berlangsung selama dua hari bermula Isnin di Shenzhen, provinsi Guangdong, dengan penyertaan wakil kanan, sarjana dan pakar dari 21 entiti ekonomi APEC dan tujuh pertubuhan antarabangsa.
Ini merupakan persidangan peringkat menteri APEC pertama berkaitan bidang ekologi yang dianjurkan oleh China dalam tempoh 15 tahun.
Dalam mesyuarat itu, China menekankan keperluan untuk membina sistem tadbir urus ekologi global yang lebih adil dan munasabah.

Rangkaian Pemulihan Hutan dan Pengurusan Lestari Asia Pasifik (APFNet) yang dilancarkan atas inisiatif China telah membiayai lebih 50 projek demonstrasi di lebih 20 entiti ekonomi Asia Pasifik, dengan jumlah peruntukan melepasi AS$45 juta (RM304.7 juta), sekali gus memulihkan lebih daripada 1,300 hektar tanah yang terjejas.
Mesyuarat berkenaan berakhir dengan satu kenyataan bersama yang menyeru entiti APEC supaya mengintegrasikan pengurusan hutan lestari dengan pelan pembangunan ekonomi, selain terus memerangi perdagangan kayu haram.
Kenyataan itu juga menggalakkan entiti APEC memajukan industri, produk dan perkhidmatan berkaitan hutan yang baru muncul selaras dengan prinsip pengurusan hutan lestari.
- Mesyuarat Meja Bulat Peringkat Tinggi APEC "Data for Growth" Diadakan di Chengdu
- Mesyuarat Menteri-Menteri Digital dan AI APEC Luluskan "Kenyataan Chengdu"
- China Anjur Minggu Digital APEC di Chengdu
- Forum CEO APEC Berlangsung di Beijing
- China Kongsi Peluang dan Manfaat Bersama dengan Anggota APEC
- Syarikat Asing Sasar Tingkatkan Pelaburan di China
- Industri Perkhidmatan Ditonjolkan dalam Lapan Tumpuan Mesyuarat Menteri Perdagangan APEC 2026
- Mesyuarat Menteri Perdagangan APEC 2026 Buka Tirai di Suzhou
- Ekspo Industri Kebudayaan Antarabangsa China ke-22 Buka Tirai
- Mesyuarat Pegawai Kanan Kedua APEC Berlangsung di Shanghai




