Mesyuarat Menteri Perdagangan APEC 2026 Buka Tirai di Suzhou

(CRI)Jumaat 22 Mei 2026

Mesyuarat Menteri Perdagangan Kerjasama Ekonomi Asia pasifik (APEC) 2026 membuka tirai di Suzhou, provinsi Jiangsu pada Jumaat.

Tahun ini merupakan kali ketiga China menjadi tuan rumah APEC.

Mesyuarat kali ini bertemakan "Membina Komuniti Asia Pasifik, Menggalakkan Kemakmuran Bersama" dan akan memberi tumpuan kepada empat bidang utama iaitu pembinaan Kawasan Perdagangan Bebas Asia Pasifik, pemeliharaan sistem perdagangan multilateral, kerjasama digital dan ekonomi hijau.

Menteri Perdagangan China, Wang Wentao berkata China berharap persidangan ini dapat mencapai persefahaman positif dalam usaha memajukan pendigitalan antarabangsa, bagi mewujudkan persekitaran digital yang lebih baik bagi perdagangan dan pelaburan.

Menurut beliau, China akan aktif berbincang dengan pelbagai pihak untuk memperkukuh penyelarasan strategi pembangunan hijau, meneroka kerjasama antarabangsa dalam bidang mineral hijau serta kerjasama piawaian hijau seperti piawaian pelepasan karbon, dan mendorong transformasi corak pembangunan serantau Asia-Pasifik ke arah rendah karbon dan hijau.

Video

Berita Berkaitan