Industri Perkhidmatan Ditonjolkan dalam Lapan Tumpuan Mesyuarat Menteri Perdagangan APEC 2026

(CRI)Ahad 24 Mei 2026

Pelbagai pihak yang menghadiri Mesyuarat Menteri Perdagangan APEC 2026yangditutup di Suzhoupada Sabtu,sedaya upaya menebus persamaanbagi menggalakkan penglibatan dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan APEC, membina konsensus dan melakar pencapaian yang akan dijadikan persiapan dan sumbangan kepada Mesyuarat Tidak Rasmi Pemimpin APEC yang dijadualkan pada akhir tahun ini.

Demikian dinyatakan MenteriPerdaganganChina, Wang Wentaodalam sidang media selepas mesyuaratterbabit pada Sabtu.

Beliau berkata, pelbagai pihak bersetuju untuk sementara waktu mengecualikan tarif tentang penghantaran elektronik,bagimemastikan pasaran digital terbuka dan boleh dijangka.

Menurut "PetaGarisanIndustri Perkhidmatan APEC yang Inovatif, Berdaya Saing dan Akomodatif" yang diratifikasi dalam mesyuarat tersebut, industri perkhidmatan ditonjolkan dalam kerjasama membabitkan lapan bidang utama, dengan fokus diberi kepada pengemaskinian dan pembaharuan dasar berkaitan, dan wawasan untuksedekad yangakan datang.

Selain itu,pelbagai pihak juga mencapai konsensus baharu mengenai pengembangan ruang kerjasama perdagangan digital,dan mencapai kemajuan substansial dalam perbincangan mengenai dokumen kerangka kerjasama digital perdagangan serantau.

Dalambidangmempercepatkantransformasi pembangunan yang hijau dan rendah karbon, pelbagai pihak menyeru peningkatan pelaburan, terus memperkukuh kerjasama berkaitan perkhidmatan alam sekitar,sertamemajukan pembangunan lestari serantaudengan langkah yang lebih praktikal dan berkesan.

Video

Berita Berkaitan