China Berjaya Lancar Satelit Tianlian III-01

(CRI)Khamis 30 Julai 2026

China berjaya melancarkan satelit Tianlian III-01 menggunakan roket pembawa Long March-7A dari Tapak Pelancaran Kapal Angkasa Wenchang di Hainan, Selatan China pada pukul 7.50 malam pada Rabu.

Satelit tersebut berjaya memasuki orbit yang ditetapkan, sekali gus menandakan kejayaan misi pelancaran tersebut.

Satelit Tianlian III-01 akan digunakan untuk menyediakan perkhidmatan penyampaian data serta kawalan dan pengukuran bagi kapal angkasa, makmal angkasa, stesen angkasa dan kenderaan angkasa bermanusia yang lain.

Misi ini merupakan penerbangan ke-659 bagi roket pembawa siri Long March.

Video

Berita Berkaitan