“Kilang Angkasa” Timur China Keluar Satelit secara Besar-besaran

Foto yang diambil pada 20 Julai 2026 ini menunjukkan bahagian dalam sebuah kebuk tak bergema untuk ujian antena Guoyu Starry Sky Technology, di zon teknologi tinggi Wuxi, provinsi Jiangsu, timur China. (Xinhua/Chen Yehua)

Foto yang diambil pada 20 Julai 2026 ini menunjukkan bahagian dalam sebuah kebuk tak bergema untuk ujian antena Guoyu Starry Sky Technology, di zon teknologi tinggi Wuxi, provinsi Jiangsu, timur China. (Xinhua/Chen Yehua)

Di sebuah bengkel pintar di pinggir Tasik Taihu, juruteknik memasang satelit di barisan pengeluaran automatik. Guoyu Starry Sky Technology, sebuah subsidiari Beijing Minospace, mampu mengeluarkan lebih daripada 150 satelit setahun.

“Sebelum ini, perlu tiga hingga enam bulan untuk menghasilkan sebuah satelit tersuai. Di barisan pengeluaran fleksibel kami, sebuah satelit yang dikeluarkan secara besar-besaran dapat disiapkan dalam masa hanya 20 hingga 25 hari,” maklum Shi Changfu, timbalan pengurus besar.

Diibaratkan badan telefon pintar memadankan aplikasi berbeza, kilang tersebut menggunakan sebuah sistem bersepadu berkuasa AI dilengkapi dengan teknologi kembar digital, yang memisahkan platform satelit daripada muatan misi. Ini membolehkan pelbagai jenis satelit dikeluarkan di barisan yang sama. Di sebelah kawasan pemasangan, tersedianya satu set lengkap perkakasan ujian simulasi persekitaran angkasa lepas untuk meniru keadaan orbit ekstrem.

Wartawan mengambil gambar sebuah alat simulasi vakum terma Guoyu Starry Sky Technology, di zon teknologi tinggi Wuxi, provinsi Jiangsu, timur China, 20 Julai 2026. (Xinhua/Chen Yehua)

Wartawan mengambil gambar sebuah alat simulasi vakum terma Guoyu Starry Sky Technology, di zon teknologi tinggi Wuxi, provinsi Jiangsu, timur China, 20 Julai 2026. (Xinhua/Chen Yehua)

13 Jun, batu tanda penting apabila enam satelit Buruj Huantian siap dipasang sepenuhnya, termasuk empat satelit radar SAR dan dua satelit optik, yang pelancarannya dijadualkan tidak lama lagi.

Shi melihat platform satelit bermodul yang dibangunkan sendiri ini sebagai salah satu faktor yang mendorong kemajuan pesat dalam keefisienan pengeluaran. Satu faktor lagi ialah rantaian bekalan Wuxi yang serba lengkap, yang membolehkan barang sekecil skru dibekalkan dari sumber tempatan.

“Pengeluaran satelit secara besar-besaran ialah satu penaiktarafan bersifat revolusi bagi infrastruktur angkasa lepas China,” ujar Bi Hui, seorang profesor di Universiti Nanjing.

Data rasmi menunjukkan setakat akhir 2025, sebanyak 325 syarikat aeroangkasa komersial telah menjadikan Wuxi tapak operasi. Shi berkata, pihaknya mahu memendekkan lagi kitaran pengeluaran sehingga mampu menghasilkan satu satelit sehari.

Video

Berita Berkaitan