PLA Halau Pesawat Filipina Ceroboh Ruang Udara Pulau Huangyan

(CRI)Rabu 21 Januari 2026

TindakanFilipinamenceroboh masuk ruang udara Pulau Huangyan jelas mencabul kedaulatan China serta melanggar undang-undang antarabangsa.

Perkara itu ditegaskan Komando Teater Selatan Tentera Pembebasan Rakyat (PLA), Tian Junli susulan sebuah pesawat milik Filipina memasuki ruang udara Pulau Huangyan tanpa kebenaran China pada Selasa.

Tian berkata pihaknya mengerahkan tentera laut dan udara untuk memberi amaran dan menghalau pesawat terbabit mengikut undang-undang dan peraturan.

Pulau Huangyan merupakan sebahagian wilayah China, tegas beliau sambil menambah bahawa Filipina mesti menghentikan segala tindakan provokasi serta-merta.

Video

Berita Berkaitan