Mesyuarat Kastam APEC 2026 Buka Tirai di Dalian

(CRI)Rabu 19 Ogos 2026

Siri mesyuarat kastam Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2026 membuka tirai di Dalian, utara China pada Rabu, dengan penyertaan wakil kastam dari 13 anggota APEC, organisasi antarabangsa serta pengendali ekonomi yang diiktiraf (AEO).

Bertemakan "Membina Komuniti Asia-Pasifik, Menggalakkan Kemakmuran Bersama", siri mesyuarat tersebut akan menjadi platform dialog bertaraf tinggi untuk memperkukuh pertukaran dan kerjasama, sekali gus membantu meningkatkan keupayaan tadbir urus kastam di rantau Asia-Pasifik.

Untuk rekod, China menjadi tuan rumah bagi siri persidangan APEC tahun ini, sementara Kastam China menyandang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kecil Prosedur Kastam APEC (SCCP).

Video

Berita Berkaitan