Kapal Tangki Kapasiti 115,000 DWT Buatan China Berjaya Diserahkan

(CRI)Jumaat 21 Ogos 2026

Kapal tangki minyak dengan kapasiti muatan 115,000 tan metrik (DWT) yang dibangunkan dan dibina oleh China menggunakan kepakaran tempatan diserahkan kepada pemiliknya pada Jumaat, menurut China State Shipbuilding Corporation.

Peralatan utama seperti enjin kapal turut dihasilkan secara tempatan, manakala kapasiti muatan, kelajuan pelayaran dan kecekapan penggunaan bahan api juga mencapai tahap maju di arena antarabangsa.

Kapal tangki minyak itu 249.8 meter panjang dan 44 meter lebar, mampu membawa kira-kira 830,000 tong minyak dalam satu perjalanan.

Video

Berita Berkaitan