China Kekal Peneraju Industri Pembinaan Kapal di Dunia

(CRI)Khamis 23 Julai 2026

Industri pembinaan kapal China mempertahankan kedudukannya sebagai peneraju di pasaran global, menurut Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT).

Ini dapat dilihat dari tiga petunjuk utama, iaitu jumlah kapal yang siap dibina, jumlah tempahan baharu, dan jumlah tempahan yang sedang diusahakan.

Menurut statistik yang dikeluarkan MIIT pada Khamis, jumlah kapal yang siap dibina di China mencecah 36.5 juta tan berat mati (DWT) pada separuh pertama 2026, meningkat 51.2 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Dalam pada itu, jumlah tempahan baharu mencapai 121.06 juta DWT, menokok 173.1 peratus.

Manakala jumlah tempahan yang sedang diusahakan merekodkan 363. 25 juta DWT, menyaksikan peningkatan sebanyak 54.9 peratus.

Mengikut data mengenai tempahan baharu, China menguasai lebih 80 peratus tempahan di pasaran antarabangsa bagi tiga jenis kapal utama, iaitu kapal kargo, kapal kontena dan kapal minyak. Ia sekali gus mencerminkan China kini mempunyai kemampuan komprehensif untuk membina semua jenis kapal.

Dalam pada itu, kapal tenaga hijau dan rendah karbon turut menjadi hala tuju transformasi dan penaiktarafan industri pembinaan kapal China.

Video

Berita Berkaitan