Siri Aktiviti Kastam APEC: Perjanjian Dimeterai Pacu Pengimportan Produk Pertanian dan Makanan

(CRI)Ahad 23 Ogos 2026

Siri aktiviti kastam APEC anjuran Pentadbiran Kastam Am China sedang berlangsung di Dalian, provinsi Liaoning pada masa ini.

Siri aktiviti ini juga sebahagian penting dari Mesyuarat Pegawai Kanan APEC kali ketiga.

Kastam China telah memeterai enam perjanjian dengan anggota APEC yang lain, melibatkan bidang produk pertanian dan makanan, serta kerjasama antara jabatan kastam.

Perjanjian-perjanjian tersebut kebanyakannya tertumpu kepada aturan praktikal seperti pelepasan import serta pemeriksaan dan kuarantin, supaya membantu produk pertanian dan makanan dari rantau Asia-Pasifik masuk ke pasaran China dengan lebih lancar.

Video

Berita Berkaitan