Kemajuan Robot Humanoid dari "Berjalan dan Lompat" ke "Lakukan Kerja Halus"

(CRI)Selasa 25 Ogos 2026

Sebagai salah satu acara pertandingan bagi kategori 'tangan mahir' di bawah Sukan Robot Humanoid Dunia Kedua yang berlangsung di Beijing, 'memaku' berakhir pada Isnin.

Para robot peserta kelihatan berdiri di depan meja, masing-masing memegang satu tukul dengan tangan kanan, sambil memegang satu paku dengan tangan kiri, kemudian melantak sebiji paku bulat pada titik yang telah ditetapkan pada papan gabus.

Dimaklumkan, piawaian untuk robot humanoid yang sudah dilengkapi 'tangan mahir' kini sudah ditingkatkan dari hanya "melaksanakan suatu tugas secara pasif" ke boleh "mengambil tindakan secara aktif melalui pengesanan", dan 'tangan mahir' seumpama itu berfungsi sebagai terminal pintar yang mampu membuat keputusan sendiri.

Video

Berita Berkaitan