MOFCOM Umum Langkah Balas terhadap AS

(CRI)Khamis 06 Ogos 2026

Kementerian Perdagangan China (MOFCOM) pada Rabu mengumumkan langkah balas terhadap siri tindakan negatif menyasar China yang diambil Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) Amerika Syarikat (AS) dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) AS.

Menurut jurucakap MOFCOM, tindakan FCC dan DHS membelakangi konsensus penting yang dicapai pemimpin kedua-dua negara serta menjejaskan hak dan kepentingan China.

Tambahnya lagi, langkah balas yang diambil China secara keseluruhannya bersifat terkawal dan berhemah.

China turut menggesa AS menarik balik tindakan berkenaan serta kembali ke landasan menyelesaikan perbezaan melalui rundingan dan kerjasama, demi bersama-sama menyumbang kepada pembangunan hubungan berteraskan kestabilan strategik yang konstruktif antara kedua-dua negara.

Video

Berita Berkaitan