China Rancakkan Landskap Robot Humanoid Dunia

(CRI)Khamis 27 Ogos 2026

Sukan Robot Humanoid Dunia (WHRG) edisi kedua yang berlangsung di Beijing selama lima hari bermula 22 Ogos, berjaya menarik perhatian media dari seluruh dunia.

Temasya berprestij itu menghimpunkan lebih 2,000 robot humanoid dari 16 buah negara untuk berentap dalam pelbagai acara.

Pertandingan berkenaan bukan sahaja menguji prestasi robot, tetapi juga merupakan platform penting untuk memahami perkembangan industri robotik.

Statistik menunjukkan, aplikasi robot industri buatan China kini meliputi sebanyak 253 subsektor dalam ekonomi domestik.

Pada separuh pertama tahun ini, output robot humanoid di China mencatat lebih 40,000 unit, menyumbang kira-kira 97 peratus daripada pasaran global.

Selain itu, eksport robot humanoid pada suku pertama 2026 juga memperlihatkan peningkatan sebanyak 210 peratus dari tahun ke tahun.

Laporan Reuters menyebut bahawa kemajuan China dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan teknologi perkakasan akan mempercepat penggunaan robot humanoid dalam sektor pembuatan, logistik dan senario penggunaan.

Bagi China, penganjuran WHRG bukan sekadar membuatkan robot bergerak lebih pantas, melompat lebih tinggi atau menjadi lebih praktikal, tetapi juga membina satu platform yang terbuka untuk memudahkan kerjasama dan memajukan industri robotik di peringkat global.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, China menganjurkan beberapa acara antarabangsa seperti Persidangan Kecerdasan Buatan Sedunia (WAIC) dan Persidangan Robot Dunia (WRC), dengan tujuan merancakkan pertukaran teknologi, menyepadukan sisi permintaan dan penawaran, serta mempercepat aplikasi komersial.

Dunia kini dapat melihat dengan lebih jelas bahawa China komited memajukan teknologi kepintaran demi kebaikan manusia berasaskan prinsip terbuka dan saling untung.

Itulah logik asas yang dipegang China dalam inovasi sains dan teknolgi.

Video

Berita Berkaitan