'Kawalan Jauh', Satu Tahap Mesti Dilalui Produk Robot untuk Menuju ke Automatik

(CRI)Khamis 27 Ogos 2026

Sukan Robot Humanoid Dunia Kedua menutup tirainya di Gimnasim Luncur Ais Kebangsaan di bandar Beijing pada malam Rabu.

Pada majlis penutupan, pihak tuan rumah secara rasmi menyiarkan satu bank data penuh yang pertama di dunia yang diperoleh dari sukan terbabit, sekaligus mengumumkan sukan edisi ketiga dijadualkan pada Ogos tahun depan.

Kini, perkembangan industri kecerdasan robot humanoid memerlukan banyak data dari situasi sebenar untuk pra-latihan robot.

Justeru, penggunaan kawalan jarak jauh merupakan salah satu pendekatan penting untuk mengumpul data seumpama itu.

Video

Berita Berkaitan