- Lain-lain
Xi Tiba di Kaherah untuk Lawatan Negara ke Mesir

Presiden China, Xi Jinping tiba di Kaherah dengan menaiki pesawat khas pada Selasa bagi memulakan lawatan rasminya ke Mesir.
Lawatan Xi kali ini adalah atas jemputan rakan sejawatnya dari Mesir, Abdel Fattah El-Sisi.
Dalam ucapan bertulis selepas ketibaannya, Xi menyampaikan salam mesra dan ucapan selamat bagi pihak kerajaan dan rakyat China kepada kerajaan serta rakyat Mesir.
Xi berkata, China dan Mesir merupakan dua tamadun purba, dengan persahabatan tradisional yang telah terjalin sejak ribuan tahun dan kekal kukuh hingga ke hari ini.
Sejak kedua-dua negara menjalin hubungan diplomatik pada 70 tahun lalu, China dan Mesir sentiasa saling menyokong, bekerjasama dan mencapai manfaat bersama, tanpa mengira perubahan dalam keadaan antarabangsa dan serantau.
Xi berkata, dalam tempoh lawatan kali ini, beliau akan bertukar-tukar pandangan dengan Presiden Sisi tentang hubungan China-Mesir, kerjasama bilateral dari segenap aspek, serta isu-isu antarabangsa dan serantau yang diberi tumpuan bersama.
Kedua-dua pemimpin dijangka merangka hala tuju pembangunan perkongsian strategik komprehensif China-Mesir, dan melakar lembaran baharu bagi ikatan muhibah kedua-dua negara.

- Presiden Xi Siarkan Artikel di Media Mesir
- China-Mesir Adakan Latihan Bersama Tentera Udara
- China Bina Tugu Peringatan Deklarasi Kaherah di Mesir
- Menteri Luar China, Mesir Bincang Situasi di Asia Barat
- Menteri Luar China, Mesir Adakan Perbualan Telefon
- Utusan Khas Presiden Xi Hadir Majlis Perasmian Muzium Agung Mesir
- Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Mesir Sempena Pembukaan Muzium Mesir Besar
- Xi Terima Kunjungan Perdana Menteri Mesir
- PM Li Bertemu Speaker Dewan Perwakilan Mesir
- China Sedia Bekerjasama dengan Mesir Galakkan Rundingan Damai di Timur Tengah




